Matrikulasi FAQ
Bismillah dengan nama ALLAH. Semoga masa yang dicuri sedikit
untuk memudahkan urusan adik-adik yang baru dapat result spm ini, Allah
gantikan dengan menjadikan urusan aku mudah pula. Aamiin. Matrikulasi Frequently
Asked Questions. ENJOY!
YURAN MATRIK MAHAL TAK?
Pengajian di matrikulasi adalah PERCUMA. Masa awal awal
pendaftaran sahaja yang perlu bayar lebih kurang RM500. Selebihnya adik-adik cuma
fokus belajar sahaja.
ELAUN?
Elaun pon nada, jangan risau. 1 bulan RM250. 2 bulan RM500. 10
bulan? Kiralah sendiri. ๐Pesanan khidmat masyarakat daripada akak, jangan
pergunakan duit tu untuk enjoy dan memboros. Kumpul, dan belajar menabung. Guna
untuk keperluan je. Macam akak, mak ayah bagi duit setiap bulan. So duit elaun tu
boleh simpan. Dan di hujung pengajian matrikulasi, akak berjaya membeli laptop
dan printer sendiri. 3/4 daripada harga laptop dan printer tu guna duit
elaun matrik, selebihnya parents belanja. Bukan setakat tu, akak pakat dengan
kawan2 nak pergi bercuti ke Pulau Redang lepas habis final sem nanti. RM300
pakej trip tu, full guna duit elaun. So why waste? Make it worth okay?
BERAPA SEM DAN SATU SEM BERAPA BULAN?
Program pengajian di matrik terbahagi kepada dua. Program
satu tahun (PST) dan program dua tahun (PDT).
Satu sem, bulan Mei sampai November. Satu lagi sem, Disember
sampai April tahun berikutnya.
PST: 2 sem sahaja.
PDT: 4 sem. 2 sem belajar asas. Silibus sama je macam PST
tapi dikuragkan. Masuk sem 3 dan 4 depa akan join pengajian PST.
PERSAINGAN KAT MATRIK?
Sama je semua. Pergi mana mana pun ada persaingan. Cuma mungkin
diploma lain sikit. Nama pon fast track, mestilah ramai org berlumba lumba nak
dapatkan the best. Dekat asasi2 lain ade budak2 straight A, kat matrik pun ramai
(walaupun tak seramai straight dekat asasi UM).
ADVANTAGE MASUK MATRIK?
Advantage dia, lecturer akan guide kita, tak biarkan kita
buat assignment macam tak nak markah. Kalau asasi lecturer tak guide sedetail
itu. That’s why im proud of asasi’s surviver! (aceceh)
Pastu matrik ni tak bebas sangat. So adik adik akan rasa terjaga
sikit. Chance nak kena culture shock yang dahsyat tu, kurang sebab kat sini ada
peraturan dan disiplin, macam sekolah.. Budak
asasi boleh outing mna mana and bila bila masa as long as tak de kelas. What?? Peraturan
lagi? Tak tipu ktorang rasa mcm tu jugak at first. Tapi percayalah cakap akak,
kita budak budak yang baru keluar sekolah ni, sangat mentah dan baru nak kenal
dunia. Peraturan sangat membantu untuk menjaga kita. You are out from the comfort
zone yet still safer (insyaAllah)
Jangan risau matrik ada banyak aktiviti yang boleh korang join. PST modul 1 pun ada life okay.
Ni masa program masjid, depa bukak booth boleh try-on niqab dan purdah |
English game di petang hari. Sebab tu muka pakat penat |
Debat Ala-Parlimen ajuran Exco Kerohanian JPP. Dapat johan sebab sekali dengan orang hebat-hebat. Ramai sangat dalam gambar ni sebab bergambar dengan pasukan lawan. |
Dan kalau masuk matrik, awak score 3.0 and above, boleh pilih mana mana U yang layak dan insyaAllah akan dapat. Asasi pulak ada 2 type. Open foundation dan close foundation. Kalau close foundation macam asasi UM, kena isi semula UPU untuk masuk degree. Kiranya boleh pilih la nak masuk U mana untuk degree. Tapi kalau close foundation macam UIAM, tak boleh pilih U lain untuk degree. Maknanya tempat untuk degree tu dah ada insyaAllah.
See? Semua ada advantages masing2.
SAYA NI LAYAK SETAHUN (PST) KE 2 TAHUN (PDT)?
Sebelum menjawab soalan ni, akak nak bagithu dulu, matrik jurusan
sains ada 3 modul.
Modul 1: Chemistry, Mathematics, Biology, Physics
Modul 2: Chemistry, Mathematics, Science Computer, Physics
Modul 3: Chemistry, Mathematic, Biology, Science Computer
Masa dapat result matrik tu, memang adik2 akan ditentukan
siap2 untuk pengajian PST atau PDT, modul 1, 2 atau 3. Kalau mintak akaun, tempoh
dia setahun dan taka da modul2 macam jurusan sains.
So macam mana nak tahu adik2 akan dapat PST atu PDT?
Syarat untuk
dapat pengajian PST adalah tak ada gred D dalam spm. Macam kawan akak dapat 7A
tp addmath dia D. So dia dpt PDT. Akak dapat 6A je tapi alhamdulillah gred
paling rendah C+. So dapat tawaran PST.
Tapi bayangkan jelah, budak 7A masuk PDT? Memang boleh la
dapat 4 flat, ini tidak adil. Hahaha gurau je Salimah. Rezeki Allah dah
tuliskan untuk kita. Redha dan buat yang terbaik. TAHNIAH saing! KEEP it flat
okay?
Actually, boleh kalau adik2 dpt PST tapi nak PDT, boleh je mohon
untuk tukar. Nak tukar modul pun boleh mohon, tapi tu akak update lain kali pulak
eh? Tengah mengejar masa ni hahah.
KELAB?
Masa ambik koko wajib join satu kelab untuk dapatkan markah koko. Kelab yang berkaitan kokurikulum la kan, dah nama pun koko. Kalau kelab English, kelab BM macam kat sekoalh dulu tak ada. yang ada jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan AJK masjid. Sampingan yang lain2, ada Indian dan chinese society.
ASRAMA?
Masa ambik koko wajib join satu kelab untuk dapatkan markah koko. Kelab yang berkaitan kokurikulum la kan, dah nama pun koko. Kalau kelab English, kelab BM macam kat sekoalh dulu tak ada. yang ada jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan AJK masjid. Sampingan yang lain2, ada Indian dan chinese society.
ASRAMA?
Ya duduk di asrama. Tak boleh berulang alik
BELAJAR?
Untuk jurusan sains hanya 4 subjek yang adik2 perlu
perjuangkan untuk pinter 4 Flat. 4 subjek ni mengikut modul masing2.
Tapi ada subjek wajib yang wajib belajar walaupun tak masuk
dalam pointer. Which is: Kokurikulum, Pengajian Am Matrikulasi, Pengajian Islam
dan English. Ya, English tak masuk dalam pointer, ianya cuma subjek wajib.
Walaupun dia subjek wajib, result dia akan keluar dalam slip
result tau. So penting untuk siapan semua assignment subjek2 tu.
English assignment kitorang untuk sem 2, kena buat community sevvice. Group kitorang buat fundraising untuk UNICEF dan Alhamdulillah berjaya kumpul RM800++! |
BOLEH BAWAK KERETA, MOTOR?
Pelajar matrikulasi dilarang membawa kenderaan dalam Kawasan
matrikulasi. Kalau dari rumah awak yang bawak kereta tu, samapai kat depan
pagar matrik kena switch balik dengan ayah. Sebab dalam Kawasan matrik pelajar
dilarang membawa kenderaan
RAMAI TAK PELAJAR? CHINESE? INDIAN?
Matrik Pahang sesi 2018/19 ada lebih kurang 2000++ pelajar. Ada
Chinese ada Indian.
JUBAH?
Semasa kelas, prohibited. Dilarang memakai jubah sewaktu
kelas. Pergi kelas dan kuliyah hanya dengan pakaian formal, iaitu baju kurung.
TUDUNG SHAWL?
Takde masalah nak pakai tudung apa. As long as pakai tudung.
Kalau ade kawan2 yang free hair, tapi muslim, masuk matrik memang peraturan dia
muslim kena pakai tudung.
SENARAI BARANG2?
Ni dia taka da bagi. Tapi selalunya bersepah je blog tulis
pasal senarai barang ni. Boleh la cari sendiri. Tak sempat pulak akak nak
tolong senaraikan.
Yang pasti satu tips tak nak hilang nota, jangan guna kertas
kajang. Guna buku tulis yang panjang tu.
EXAM?
Matrik akan ada exam setiap kali final sem. Tapi in between tempoh
pengajian satu sem tu, akan ade quiz dan test. Beza quiz dengan test, quiz ni
lecturer buat soalan. Selalunya satu topik je. Kalau test ni, soalan sama untuk
semua pelajar, lecturer buat untuk PENILAIAN BERTERUSAN atau senang cerita,
carry mark. Carry mark ni termasuk lab test, leb report, assignment dan test.
PST:
Carry mark - 40%
Final paper -60%
Carry mark - 40%
Final paper -60%
PDT:
Carry mark - 60%
Final paper -40%
Carry mark - 60%
Final paper -40%
PDT lagi banyak assignment sebab tu carry mark depa lagi
tinggi.
Chemistry experiment |
Biology experiment |
CUTI? BALIK?
Outing setiap minggu boleh. Ada matrik asing laki perempuan
ade matrik campur laki perempuan outing hari yang sama. Tapi matrik Pahang asing.
Cuti kita akan ikut jadual yang diberi masa mula mula masuk
matrik. Tapi kadang kadang tu ade je cuti yang tak ada dalam jadual.
Selesai jawab soalan soalan penting. Selebihnya akak janji insyaALLAH akan cerita lebih banyak setelah selesai final (moga moga tak mungkir janji ๐). Akak
belum sempat interview budak akaun. So sapa yang hajat nak dapat akaun tu, maaf
ya sebab tak membantu.
Jangan lupa doa supaya ALLAH berkati bulan rejab dan sya’ban, dan sampaikan
kita pada bulan Ramadhan. Jangan lupa juga doa untuk pejuang2 yang syahid di
Gaza, New Zealand dan Pasir Gudang
Doakan final kami lagi 21 hari ni!
Sis kalau saya mintak matrik tapi bi d lepas ke rasanya yang lain semua credit ๐ญ
ReplyDeleteSama lah akak kita Semua credit bi je D. Akak dpt x matrix ? ๐ญ
DeletePelajar islam memang wajib pakai tudung ye?
ReplyDelete