Siapa Aku?
Aku adalah seorang wanita yang bertaqwa, mampu menjaga pandangan matanya.
Aku adalah seorang wanita yg meletakkan cintanya hanya pada الله, dan aku percaya wujudnya nikmat dan seksa yg abadi; syurga dan neraka.
Aku adalah seorang wanita yg sentiasa berjuang untuk menegakkan islam dlm dirinya dan menundukkan hawa nafsu dgn imannya.
Aku adalah wanita yg berkali kali jatuh dan tersadung, namun masih tidak putus asa dengan rahmat Allah.
Aku adalah wanita yg menjaga masanya drpd terus melakukan kelalaian.
Pagiku dimulai dengan istighfar dan dzkir, sujud taubat dan munajat ikhlas.
Malamku diakhiri dengan harapan agar diberi peluang untuk mengkoreksi diri pada esok hari
Terlalai aku bukan selamanya. Cukuplah seketika, kemudian aku tersedar dari buaian dan hasutan syaitan yang halus itu.
Kesedaran aku didorong iman, rahmat dan kasih sayang الله
Bukanlah aku tidak pernah gagal. Cumanya kegagalan aku tidak melemahkan. Aku belajar cara untuk menepis ujian itu dan menjadi lebih kuat di setiap kegagalan.
Aku adalah seorang wanita yg beriman pada kisah Asiah. Dikala sesak dihimpit ujian dunia, pasti kupujuk diri dengan memohon istana disyurga nanti.
Aku adalah seorang wanita yg beriman dengan kecemburuan bidadari syurga. Disaat lelah dengan perjuangan, pasti ku pesan pd diri bahwa tiada sekecil2 pun perjuangan yg sia2.
Allah adalah Rabb dan Ilah ku. Cinta pertama dan terakhir ku. Pelindungku. Yang mencukupkan aku. Pengurnia ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan ku.
Aku percaya pada الله, i trust Him completely.
Keihkhlasan aku pada Allah, sehinggakan syaitan tidak bisa melemahkan ku.
Aku yakin bahawa dunia hanya sementara. Nikmat dan seksanya juga sebentar sahaja.
Terima kasih الله,
Kerana mengasihiku
-tahniah kerana engkau telah mendoakan dirimu sndiri ❤
Comments
Post a Comment