Fenomena Iman

Assalamualaikum (khususnya buat yang menanti entry kali ini)!

Salah satu tanda besar hari kiamat yang pernah saya baca adalah: manusia saling bertolak tolakkan untuk menjadi Imam. Maaf amat kerana x mampu sertakan apa2 dalil atau nas.

Subahanallah. Melekat terus smpai sekarang sebab rasa sakit (sentap) dia tu, mcm ada org tulis atas kertas pastu paku kat jantung. Fuh (lap peluh)

Realitinya,

manusia yang dilantik untuk menjadi pemimpin, mereka saling "menolak" dengan alasan saya tidak mampu.

Kata mereka sambil menunding jari: dia lagi berilmu, dia lagi berpengalaman, dia lagi berani, lagi yakin. Kononnya alasan itu semua kukuh dan bisa membela pendiriannya.

"Kau la jadi imam, aku pakai seluar jeans"
"Memang tak la. Kau imam, sebab aku bukan budak sekolah agama"
"Apesal pulak aku? Kau lagi banyak hafal"
"Tak boleh jugak. Sebab kau ada janggut, aku tak ada"

Teringat video Teega, lebih kurang mcm ni lah dialognya. Bersungguh mereka saling menolak, smpai keluar alasan tak munasabah (ada janggut lebih layak jd imam (?) ).

Apa punca berlakunya keadaan ini? 

Pernah dengar tak tentang satu fenomena, yang digelar: Fenomena Lemahnya Iman?

Muhammad Sholih Al-Munajjid di dalam bukunya Obat Lemahnya Iman, menghuraikan 8 antara tanda berlakunya fenomena ini. InsyaAllah sis akan kongsi selengkapnya pada entry yg lain.

Kali ni, ayuh kita fokus pada tanda keempat dan kelapan.

Tanda Keempat : Malas untuk melakukan amal taat dan ibadah serta meremehkannya. 

Kalaupun ibadah itu dilakukan, itu hanya sekadar aktiviti kosong tanpa ruh.

Mereka berdiri untuk menunaikan solat, tapi berdiri dengan malas (4: 142).

Menjadi khalifah dan menjalankan tanggungjawab itu juga ibadah bukan?

 Bila fenomena ni berlaku pada kita, hati kita sama sekali tidak terketuk untuk melakukan ibadah, malah meremehkannya. Jauh sekali terfikir hendak mengerjakan dua rokaat solah taubah dan solah istikharah.

Di situ lah syaitan menyusup masuk ambil kesempatan dalam kesempitan. Hasutan syaitan- tak larat lah nak bahagi masa, tak layak, banyak kelemahan aku, aku tak boleh jadi contoh dan lain lain - semuanya tak mampu kita tepis. Kerana benteng iman kita sedang goyah.

Tanda Kelapan: Tidak merasa tergugah tanggungjawab untuk beramal demi kepentingan Islam. 

Maksudnya, tak rasa yang tanggungjawab untuk membantu Islam tu ada pada diri kita.

"Tak pe la, ramai dah yang baik2 boleh tunjuk qudwah" "Ramai dah yang baik2 datang masjid".

Kalau kita tak bantu agama Allah, Allah tak akan rugi sikit pun. Allah tetap akan menjaga Islam. Hakikatnya Islam tidak perlukan kita. Tapi kita yang memerlukan Islam.

Ketika datangnya fenomena ni, kita malas berusaha untuk menyebar dan menolong Islam. Itulah yang smpai bertolak tolakan untuk menjadi imam.

Sahabat, inilah realitinya. Tapi perlu juga kalian sedar satu reailiti : ini sebuah fenomena.

Bermakna ianya akan berlaku dan akan tamat. Kemudian berlaku lagi kemudian tamat dan akan berulang ulang begitu. Iman kita turun naik, dan sungguh lah rugi sangat2 kalau kita menyerah kalah sewaktu iman kita sedang lemah.

Sedangkan kalau kita bertahan sedikit saja lagi, pasti kita akan sampai ke penghujung fenomena itu.

Bagaimana ingin bertahan? Bertahanlah dengan sabar dan solat (2:45).

Jujur, ini sekadar diari yang saya petik untuk kongsi agar yang lain juga terinpirasi - seperti saya.

Terima kasih Allah, atas perlindungan, rahmat dan cintaFenomena Iman ini ❤






Comments

Popular Posts