DUA CINTA
Satu malam, aku tadah tangan meminta belas kasihan Allah
untuk memberi keampunan atas kesalahan yang seringkali ku ulangi. Ya Allah
kenapa jalan ini sungguh rumit dan susah sekali. Ianya cukup menyakitkan dan
menyesakkan. Namun anehnya aku tetap memilih jalan ini. Kenapa pada awalnya aku
memilih jalan ini? ~
Wahai Rasulullah, aku tahu ujian ini tidak sehebat ujian yang
menimpa dirimu. Kerana ketabahanmu menempuhi semua ujian itulah, kamu dijanji
pasti ke syurga. Dan kerana keraguan yang selalu bertandang dibenak hati ku
inilah, aku belum pasti kesana bersamamu.
Wahai Rasulullah, andai kau ada disini, ingin sahaja aku
luahkan betapa terlukanya aku berada di jalan ini. Di jalan ini, ujiannya bagai
ombak datang mengempas suatu tubuh yang sedang lari menyelamatkan diri. Ianya cukup,
cukup menyakitkan.
Wahai rasululah pasti kau akan mengerti rasa ini. Pasti kau
akan memujuk aku untuk tabah kembali. Ya rasulullah, apakah yang harus aku
lakukan untuk memikul beban berat ini sehingga ke akhir hayat? Kerana tanpa
melakukan apa apa aku tidak ada kekuatan untuk terus memikulnya. Dan itu bukan
apa yang aku mahukan. Aku mahu memikul beban ini, kerana aku mahu berjumpa
denganmu di syurga nanti.
Ya Rasulullah, cinta kerana Allah itu indah. Tetapi hari ini pertama kali aku merasa bahawa ianya juga boleh menjadi sangat menyakitkan. Aku tidak sanggup
untuk terus melihat insan insan yang aku cinta kerana Allah terus lalai dengan
perkara yang Allah larang.
Aku terlalu sedih, Rasulullah..
Melihat sahabat sahabat yang sentiasa aku doakan melakukan kemungkaran yang nyata. Walaupun Allah masih mengizinkan aku untuk membina ikatan hati dengan mereka, tetapi untuk bertahan melihat mereka seperti itu, untuk terus bersabar menasihati mereka, ianya sungguh menyakitkan wahai Rasulullah.
Andai kau membaca ini, pasti kau mengerti.
Wahai Rasulullah, sungguh aku buntu bagaimanakah kamu sungguh kuat untuk berada di jalan ini? Sedangkan ujian mu lebih perit dan menyakitkan.
Aku tahu jawapannya sudah ada dan sudah nyata. Namun ada masanya
persoalan itu tetap keluar.
Dan sendainya kamu ada disini, aku pasti akan tetap bertanya.
Semata mata untuk mendengarkan jawapanmu untuk aku…
Aku selalu jatuh dan berkali kali melangkah batas batas
seorang dai. Apa yang aku perlu lakukan wahai Rasulullah. Aku hampir berutus
asa. Apa yang harus aku lakukan untuk dapatkan kembali kekuatan itu? Kekuatan seperti
kamu?
Sedangkan mereka meletakkan kepercayaan dan harpan yang tinggi kepada aku. Ibu bapa aku sentiasa meletakkan doa mereka atas kejayaan aku. Tetapi aku tetap rasa tidak mampu.
Sedangkan mereka meletakkan kepercayaan dan harpan yang tinggi kepada aku. Ibu bapa aku sentiasa meletakkan doa mereka atas kejayaan aku. Tetapi aku tetap rasa tidak mampu.
Beruntunglah mereka yang sabar, aku tahu hakikat itu. Dan aku
tahu juga sabar itu tidak mudah. Cuma aku tidak tahu bagaimana untuk istiqamah
dalam bersabar.
Jalan untuk menuju Allah itu tidak mudah. Rasulullah, terima
kasih kerana kisah kisah mu sentiasa menginspirasikan aku. Terima kasih kerana
mendoakan keselamatan dan kesejahteraan aku. Terima kasih kerana cinta pada aku.
Andai kau ada disini saat ini, pasti kau akan mengerti.
Aku rindukan kamu wahai RASULULLAH
~ Terima kasih Allah, kerana kekuatan yang kau berikan
hingga saat ini. Terima kasih kerana mengenalkan aku kepada dua cinta yang agung ini.
Tetapkanlah hati hati kami dijalan ini, tambahkanlah kefahaman
kami, tingkatkan kekuatan kami. Terima kasih kerana memilih kami untuk berada
di jalan ini. Aku tahu Kau pasti lebih mengerti, dan Kau pasti setia menemani aku di jalan ini. Aku merindukan Engkau, aku ingin
bertemu denganmu ya Allah.
Comments
Post a Comment