YANG AKU CARI
Apa yang aku cari?
Sebenarnya lama tempoh yang aku perlukan untuk mencari jawapan
yang tepat bagi soalan ini. Jawapan yang tepat, maksud aku, jawapan yang
memuaskan iman. Kerana manusia boleh menjawab dengan pelbagai jawapan. Tetapi tidak
semuanya memuaskan kehendak iman.
Dan malam ini, aku rasa aku temui jawapan yang aku cari.
Sebelum tu aku nak share sikit, beza bila kita tulis untuk
nak letak kat blog semata mata dengan bila
kita tulis sebab kita memang nak sampaikan sesuatu. Bila menulis atau berkarya
untuk menyampaikan sesuatu, idea kau akan mecurah curah and you just can’t stop
typing without even letting yourself arrange the words and sentence. Because at
that moment alL you wanted to do was tell other people.
Awal awal aku nak pesan, jawapan ni mungkin memuaskan bagi
aku dan sesetengah orang yang lain. Tetapi tak boleh memuaskan semua orang. So,
there is no correct or wrong answer. This is just what I think and what I believe
it is.
Aku mencari kasih sayang dan cinta.
This is the reality, right? Manusia mencari kasih sayang binatang
macam kucing pun mencari kasih sayang. Semua yang hidup mencari kasih sayang. Pencuri
di lorong lorong atau imam di masjid negeri, apa yang kau cari adalah kasih
sayang. Pencuci tandas atau perdana menteri negara, apa yang kau cari adalah kasih sayang. Pengemis di pinggir jalan atau dermawan yang kaya, apa yang kau
cari adalah kasih sayang.
So, in what term, jawapan ni memuaskan iman? Bagi aku bila
aku terfikir, kasih sayang, aku terus bayang mak ayah, kawan kawan.. tetapi
jauh lebih besar daripada itu, kasih saying dan cinta itu adalah permulaan, perjalanan dan pegakhiran kita.
Manusia dicipta
kerana cintanya Allah kepada kita. Kita ‘wujud’ kerana cinta antara kedua ibu
bapa. Rasulullah berdakwah kerana cinta. Umar tegas kerana cinta. Abu bakar menahan
kesakitan kerana cinta. Iman dan Islam bangkit kerana cinta. Wanita solehah mampu
bangkit di tengah malam untuk beribadah juga kerana cinta.
Ya. Cinta dan kasih sayang sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan
ini.
Terasa malam ini aku penuh dengan kasih sayang orang
disekeliling. Sehingga aku fikir, tak boleh ke hidup rasa macam ni untuk
selamanya? - kerana aku rasa cukup sempurna!
Hilang kepenatan kerana cinta. Hadir pengorbanan kerana
cinta.
One side, cinta itu sempurna. Tetapi suka aku ingatkan
kepada diri sendiri dan semua pembaca, bahawa cinta itu makhluk tuhan, dan dia
juga tidak sempurna.
Maksud aku, kita perlukan cinta. Tetapi cinta pada masa dan
tujuan yang salah adalah binasa.
Love can be good, but love can be blind
Maka jangan obses dengan manisnya cinta sampai kau tersalah
erti yang manis itu datang dengan mudah. Sedangkan nak mengecapi manisnya cinta
yang sebenar, memerlukan bayaran yang mahal iauitu, perngorbanan dan usaha
keras tanpa henti.
Pelik, tapi indah.
Itu adalah definisi cinta bagi aku.
Semoga kita semua tidak berputus asa mengejear cinta Rabbul
Alaminn yang sifatNya Al-Wadud; pecinta paling agung!
*bahasa sis sudah bantai teruk malam ni. Terima kasih kerana
masih sudi membaca!
😊
Saya terinspirasi 😊
ReplyDeleteEceceh coh, kalau awak berbicara lagi powerzz
Delete