QnA TRIP TO REDANG ISLAND WITH MATRICULATION FRIENDS

GIRLS TAKES REDANG!
  Bismillahirahmanirrahim.. Semoga penulisan ini diredhai Allah SWT dan dapat mencapai niat yang sebenarnya.
Since ramai yang pm tanya about our short trip to Redang, so saya decide untuk jawab setiap pertanyaan korang dalam penulisan ni, so I hope it’s can help all of you to plan more memorable trip than us. Much love!
Here you go!

Question: Plan sendiri or travel agency?
Answer: Memang plan sendiri je nak pergi Pulau Redang since ada yang asal Terengganu, so senang nak plan sebab dah kenal tempat lagipun ada yang dah pernah pergi Pulau Redang. Just dekat Redang je booked pakej from @seaquest_boatservice (boleh tengok dekat Instagram)

Question: Bila plan nak pergi Pulau Redang?
Answer: masa semester II, so kitaorang decide untuk survey pakej and also bajet sepanjang short trip ni. Dua bulan before tarikh yang dipilih, pakej tu dah siap-siap booked sebab takut nanti penuh.

TIPS: kalau nak pergi mana-mana, make sure plan awal-awal, buat survey untuk pakej, harga tempat because in anything plan is REALLY IMPORTANT! Nanti senang nak bajet duit.

Question: Bajet nak pergi ke Kuala Terengganu?
Answer: bajet nak  datang Kuala Terengganu, which is tiket bas or flight dari negeri masing, so far I just did some survey untuk tiket bas ke Kuala Terengganu. Kalau naik bas, inshaAllah harga tiket tak lebih dari RM50. Kalau naik flight, nak harga murah make sure booked awal-awal sebab lagi dekat dengan tarikh korang nak pergi, harga akan lagi mahal T_T that’s why kenal plan awal-awal. Tiket flight ada harga tertentu mengikut bulan dan holiday, so yang penting kena korbankan masa sikit buat survey harga.

Question: Tempat menginap semasa di Kuala Terengganu?
Answer: kitaorang decide untuk tidur dekat homestay satu malam, harga homestay satu hari RM180, atas budi bicara dengan tuan homestay sendiri dan keadaan homestay korang (besar ke kecik, tepi jalan ke, dekat dengan kedai ke apa semua). Masa hari dorang duduk dekat homestay, Alhamdulillah time tu ada pasar malam dekat depan homestay, jadi takdelah dorang lapar tengah malam sebab lepas maghrib tu kitaorang memang pergi beli makanan dulu.

TIPS: kalau nak pilih homestay cari yang berhampiran dengan kedai runcit, restaurant ataupun mall supaya senang nak beli makanan bila lapar hiks.

Question: Pergi jalan-jalan naik grab ke sewa kereta?
Answer: naik grab! Senang! HAHAHAHA, sebab kalau naik grab takyah pening-pening dah fikir nak park kereta kat mana hehe. Lagipun sebelum tempah grab, kitaorang memang dah survey harga grab dulu, nanti duit share je.

TIPS : lantik seorang dalam group korang yang rajin untuk survey harga grab, so that at least boleh plan nak pergi jalan yang dekat-dekat ke jauh 

Question: Pakej yang korang ambil dan harga?
Answer: Pakej bermalam 3hari2malam. Pakej kitaorang memang dah lengkap semua dari tiket feri pergi dan balik, pengangkutan semasa di Pulau Redang, penginapan, makan dan minum (ada tiga kali; breakfast, lunch & dinner), serta snorkelling :P Harga untuk pakej ni RM280 per head (8 orang keatas), but kalau kurang daripada 8 orang, korang boleh survey dulu harga dengan @seaquestbot_service

Question: Bajet semasa di Pulau Redang?
Answer: untuk bajet, tak banyak pun guna duit melainkan korang memang suka makan macam kitaorang HEHEHE. Dekat chalet tu belah kiri atau kanan memang ada kedai runcit, tak jauh pun, so petang/malam memang pergi beli makanan untuk makan ramai-ramai. Tak lebih pun RM50 sepanjang kat sana sebab memang plan untuk holiday bukannya shopping HIUUUU. Nak beli souvenirs? Ada je kedai-kedai dekat dengan jeti, bolehlaaa nak bawak balik untuk family ataupun kawan.

Question: Macam mana boleh pergi?
Answer: Such a weird question but it’s okay! HAHAAHA. Nak plan anything, pls ada semangat yang tinggi, kena bersungguh-sungguh, takleh nak main acah-acah, kena berkorban sikit sebab semua tu akan worth gilaa bila dah berlaku, haa gitu. Tak tipu yang trip planner kadang-kadang macam pening jugak, loqlaq semua haih, kalut takleh bawak bincang dah but after all our short holiday went well, Alhamdulillah. Serious happy sebab mula-mula just planning biasa-biasa, ajak main-main macam tu je, but tengok dorang punya semangat, jadi semangat jugak nak plan supaya jadi kenyataan.
So, pls jadi supportive member okay guys sebab tu penting!

Last but not least, I hope takda soalan yang tertinggal and terjawab semua questions korang. Sorry for the late essay because of some problem has happened, but im glad to share this with you. Any questions, just feel free to comment, after this, kinah pulak kena jawab hehe :P

Sincerely;
Puteri Zulnur Haslyzwannie, your fav trip planner, heee jkjk
Jangan lupa follow ig saya, ig; @_ptriwnnie . done promote hiks

Here's the link to our first Redang Vlog
https://youtu.be/-fIXMepeqtI

Comments

Popular Posts