MEDICAL DEGREE OR ENGINEERING DEGREE
Assalamualaikum wbt. Baca tajuk je, rasanya semua mesti dah
boleh agak apa yang aku nak cerita dalam entry kali ni.
Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada semua yang
masih diberi peluang untuk menuntut ilmu, diberi kemudahan dalam melalui kehidupan
sebagai seorang pelajar. Rata rata yang mebaca ini mestilah mereka yang dah isi
borang online UPU haritu kan?
Sejujurnya aku ambik masa jugak nak tulis entry ni. Nak tulis ke tak nak? Banyak
kali aku tanya diri sendiri. Sampailah aku tahu tujuan sebenar aku menulis dan
mesej yang aku nak sampaikan, baru aku ada keyakinan.
Untuk pengetahuan pembaca, aku bukanlah pelajar yang excellent. Salah satu daripada kelemahan
kelemahan aku adalah malas belajar. Kadang kadang bila dapat result cantik dan elok tu, semuanya berkat
aku usaha jugak nak rajin (walaupun aku belum rajin rajin sampai sekarang) dan
berkat doa kawan-kawan, doa mak ayah, lecturers dan doa orang2 soleh yang kenal
aku.
Back to the story.
Al kisah, walaupun result
aku tak gempak, Allah bagi peluang untuk apply medic. Allah bagi lagi satu peluang untuk pergi temuduga medic. Syukur Alhamdulillah sampai dah
dapat interview pun aku bersyukur. Seandainya Allah bagi kesempatan sampai iv
je, alhamdulillah. Itu pun dah lebih daripada syukur. Kau ingat senang ke nak
jejak bangunan fakulti perubatan?! ngehehe
Dalam banyak banyak tempat yang aku mohon medic, aku dapat
tawaran temuduga satu sahaja. Masa tu aku rasa dah aku tak leh nak lepas. Sebab
expectation aku dapat university sekian sekian ni, tengok tengok Allah izin
dapat IV university yang lagi susah nak masuk. Tambah tambah lagi rasa yang aku
takkan dapat medic bila dah keluar result sem 2. So, aku terus cari cara untuk
move on. Aku cuba untuk ‘tak kisah pun dapat medic ke tak’.
Aku tak nak nanti dah start belajar pun aku masih struggle nak move on pasal tak dapat medic.
Distracting my focus and emotion.
Sebab tu aku start awal awal. Sebab nak
move on bukan perlu kekuatan je, tapi
juga perlu masa. The earlier you start your journey, the earlier you get to the
destination.
Tapi keynah, bukan ke kita kena aim high?
Betul la statement tu. Cuma aku nak bagitau, salah satu
diantara pemikiran- pemikiran kita yang wajib dibetulkan adalah: MELIHAT GRED
SEBAGAI PENENTU KEJAYAAN.
Definisi kejayaan adalah apabila
seseorang dapat menjadi seorang muslim yang siddiq (benar). benar terhadap
Allah dan Rasulnya, benar terhadap dirinya, benar terhadap deennya. Dan kejayaan
yang paling besar semestinya apabila seorang mukmin itu dimasukkan kedalam syurga dan terselamat dari api neraka.
Nampak tak, kalau kita faham kejayaan tu satu benda yang
besar, dapat ke tak dapat medic tu benda remeh je bagi kita. Percayalah kat
mana sahaja yang Allah campak kita, kita akan mampu jadi yang terbaik, the best version of ourselves. Murabbi
selalu kata, kita perlu menjadi benih yang baik. Kalau dicampakkan ketengah
laut, kita menjadi pulau. Maksudnya kat mana mana pun kita boleh survive dan perform. Bukan sahaja memberi kehidupan pada diri sendiri, tapi
juga memberi kehidupan kepada orang lain.
Pilihan selepas medic
adalah biomedical engineering.
Selepas biomedical engineering,
berderet aku letak mechanical engineering
daripada pilihan ke lima sampai pilihan ke dua belas. Kalau dapat biomedical
engineering lagi aku suka!
Tapi mesti ramai yang tertanya, why mechanical? Kau minat ke belajar pasal kereta?
Okay, this is actually the funny part. Masa aku dah isi UPU tu aku tak tau pun mechanical engineering ni banyak belajar
pasal kereta. target aku masa tu, cuma nak belajar dalam bidang yang aku boleh
faham macam mana mesin berfungsi. Contohnya peti ais canggih yang ade digital thermometer, television, smartphone dan tak terkecuali juga, kereta. So jawapn aku, aku tak
adalah minat pada kereta merely.
Kalau kau tanya aku jenama dan nama kereta pun aku jamin boleh gagal. Aku sebenarnya
minat nak belajar anatomy dia, nak tahu macam mana dia berfungsi dan macam mana
dia tak berfungsi. Tapi minat sahaja tak cukup ye abang kakak. Perlu faham
fizik dan mathematic juga.
Tak payah ambik engineering
kalau kau anggap engineering ni
sebagai backup plan bila dah tak dapat medic.
Takde lah, aku tak anggap engineering sebagai backup plan.
Walaupun aku tahu mesti ada antara pembaca yang akan kata ‘dik, medic dengan engineering tu dua benda yang berbeza. Macam mana kau boleh keliru
nak pilih? Mesti ada salah satu je yang kena dengan kau’. Itu nak kata, manusia
lain lain. Ada orang pernah cakap kat aku macam tu, aku senyum je. Kalau betul
la tak boleh combine dua dua minat,
kenapa biomedical engineering wujud? (Dang! I got you). Aku faham bila sesetengah
budak budak pandai yang tak nak ambik jurusan 'low-class', depa sanggup letak enginerring
sebagai backup plan. Ye la, kalau tak
dapat medic, at least dapat engineering. Untuk pengetahuan pembaca,
yang pertama, aku bukan budak pandai. Yang kedua aku tak sebodoh itu untuk gamble future aku hanya sebab pentingkan
‘rupa dan maruah’ aku sebagai student.
Kalau kau dapat medic
mesti seronok kan?
Hey soalan apa ni? Mestilah seronok 😆. Tapi kalau tak
dapat medic pun aku bahagia jugak. Bagi aku cukuplah dengan aku dapat sambung
belajar dan teruskan life sebagai seorang student
(jauh lagi bagus daripada duduk rumah membazir banyak masa -dan menggemuk).
Kalau dapat medic tu bonus. Kiranya
kalau tak dapat, aku cuma tak dapat bonus, tapi aku tak rugi apa apa.
So, tak takut la nak keluar result hujung bulan tujuh ni?
Takut la! Tapi aku bersyukur sebab bulan 7 ni aku banyak travel ke hulur ke hilir, sibuk pergi program sana sini. Maka, dapatlah
merelease ketakutan sebelum keluar result dan dapatlah lupa sekejap debaran tu.
Share la sikit, macam mana kau buat preparation supaya boleh
redha dengan apa sahaja keputusan nanti.
Banyakkan persiapkan untuk menghadapi alam degree. Especially sebagai muslim, kena
banyak tambah ilmu dan kefahaman tentang deen. Inilah masa paling sesuai untuk
sibukkan diri dengan kuliah kuliah dan pembacaan bahan bahan fiqrah (berkaitan
dengan kefahaman agama).
Also, senior aku pesan selalu prepare for
the worst. Macam aku, banyakkan baca pasal life of an engineering student supaya
rasa seronok kalau dapat engineering. Gunalah internet dengan sebaiknya untuk cari apa
yang seronok kalau kau dapat kos yang kau tak berapa nak target.
Listkan kesilapan dan kesalahan kau sepanjang menjadi student asasi/matrikulasi,
supaya masuk degree nanti dah tak ulang benda yang sama.
Dan semestinya tak boleh tinggal doa dan pengharapan kepada Allah. Itu wajib
buat in any circumstances pun. Doa supaya
kita boleh terima apa sahaja keputusan dengan hati yang tenang dan redha. Doa supaya
Allah campakkan kau dekat tempat yang paling baik untuk akademik dan iman kita.
After all, good luck semua! Kalau ada yang nak share tips
lagi, boleh share kat komen. Semoga kita sama sama boleh memanfaatkannya.
Don’t forget me in your prayers, fellow. Moga Allah redha keatas
kita semua.
Comments
Post a Comment