DEGREE LIFE BEGINS
Alhamdulillah all praise to Allah for everything He had
planned for me and for you. In the past I always question my grades. Aku selalu
rasa tak layak dengan apa yang aku dapat. I never struggled like people around me
did, I never really make a full commitment to my studies like them. Masa form
5, one of my friends who struggled hard for every subject dapat lagi rendah
daripada aku. I beat her and I feel I deserve none of it.
All throughout matriculation life, aku belajar unuk bagi
komitmen pada belajar. Bukan mudah rupanya. Untuk menerima sesuatu yang aku
rasa tak perlu dalam kehidupan, memang satu perkara yang susah. Berapa kali
solat hajat, nangis nangis atas sejadah mintak Allah mudahkan dan bagi
kefahaman. Aku tak boleh lupa pengalaman aku dengan subjek yang paling aku tak
gemar masa zaman tu -kimia. Walaupun tak faham, tapi aku cuba jugak baca, cuba
jugak concentrate dalam kelas. Dalam kelas test kimia yang aku selalu skor.
Tapi itu bukan berita bahagia.
Disebabkan aku skor, lecturer anggap aku dah faham dan aku
tak masuk dalam list name pelajar yang perlu extra guidance. Sedangkan itu yang
aku sangat perlu. Luaran nampak macam boleh cope dengan subjek tu, tapi dalam
otak dan jiwa aku, hanya Allah saja yang tahu betapa aku rasa macam orang bodoh
setiap kali kelas kimia. Tapi berkat doa dan bimbinagn pensyarah juga, alhamdulillah
semester satu kimia A- (for the first time!).
Mathematics. Semester dua Allah uji pulak dengan mengantuk
yang langsung tak boleh bawak bincang. Sampai sekarang aku tak boleh nak figure
out apa sebenarnya faktor aku mengantuk sangat dalam lecture maths. Maka aku
simpulkan, Allah sebenarnya nak uji aku. Mathematic ni antara subject yang aku
buat ala balai pun last minit boleh dapat excellent. Maka atas keyakinan itu,
aku tak lawan nafsu mengantuk dalam kelas. Al hasil, gred matematik aku menurun
untuk sem dua.
Ikutkan bila tengok dapat maths B+ masa sem dua tu, satu
saat rasa “teruknya kau kinah”. Satu saat kemudian aku rasa gred tu terlalu
tinggi untuk aku. I don’t deserve such success. Semester dua menjadikan aku
lebih matang dalam mengutamakan kewajipan sebagai pelajar, anak, dan daie’.
For a lower-grade like me, diterima masuk dalam medical
school adalah satu penghargaan. Aku tak pernah series meletakkan komitmen dalam
belajar, semata mata untuk dapatkan bidang perubatan. Kerana itu selain rasa
dihargai, aku sebenarnya rasa tak layak. Matlamat aku belajar sungguh sungguh
kat matrik is only because I wanted to be a better student, a better muslim.
At first, seminggu jugak aku nak brain kenyataan yang aku
dapat bidang perubatan. Daripada rasa tak percaya, sampai rasa insecure, semuanya
bermain dalam fikiran dan perasaan. Hampir hampir panic attack jugak beberapa
kali. Sampailah Allah susun satu conversation dengan one of my best friends.
Dia pesan, study itu syakhsiah dan result (cemerlang) itu
dakwah. Dia juga pesan, kita jangan rasa kita dapat perubatan sebab kita usahakan
atau sebab kita layak. Kena rasa kita
berada disitu kerana Allah pilih kita dan Islam perlukan kita pada posisi itu.
Kita bersungguh nak lulus dalam perubatan bukan kerana diri kita, tapi kerana
Allah.
Sejujurnya back during the times when I was struggling with
chemistry, aku baru sedar… rupa rupanya bila dengan subjek kimia, aku paling
banyak tajdid niat. Maka benarlah keikhlasan itu langkah bermula yang paling
utama.
Kata syuyukh, ‘noktah bidayah’ kita dalam dakwah dan
tarbiyah harus jelas dan tepat. Begitu juga rupanya dalam study. Sebab study
juga adalah dakwah dan tarbiyah.
Kalau orang tanya sebab apa nak ambik perubatan? Banyak
jawapan untuk soalan tu sebenarnya. Tapi satu jawapan yang aku tak kongsi pada
semua orang, sebenarnya masa aku niat nak letak medic dalam pilihan UPU, apa
yang aku nak cuma satu dan tiada yang lain (pada ketika itu) : I want to be a
better muslim.
Kerana itu dalam doa aku sepanjang nak tunggu result UPU,
aku minta Allah beri yang terbaik. Tujuan aku cuma satu, tidak kira dicampakkan
kemana sekali pun, aku ingin jadi muslim yang lebih baik. Mengenali dan
mendalami makna Iman dan Islam membuatkan aku rasa hidup aku lengkap dengan dua
perkara itu. Dengan Islam yang aku bawa dalam segenap kehidupan, kebahagiaan
dan kejayaan aku terjamin dunia akhirat. I asked myself, what more do I need?
Apa yang Allah tentukan masih diluar jangkaan aku. However,
I believe this is the answer to my prayer. This is the path that will make me become
a better muslim insyaAllah. Apa yang aku risaukan sekarang adalah aku yang
mungkin akan berpaling dan mengkhianati janji sendiri. Aku takut aku sendiri
yang menjauh daripada Allah dan aku sendiri yang zalim. Sedang pada saat ini
aku sedar, akibat menghianati janji itu adalah keseksaan yang paling pedih.
Di jalan baru ini, aku ingin melangkah penuh ikhlas. Dengan
tujuan dan misi Rabbani aku ingin tempuh onak duri yang tak bisa sesiapa
ketahui bila munculnya dan dimana letaknya. Di jalan ini aku ingin langkah
dengan dosa dosa yang sentiasa berguguran dan iman yang sentiasa membina. Di
jalan ini aku ingin melangkah lebih dekat kepada Allah, aku ingin menjadi lebih
solehah, aku ingin menjadi lebih bahagia dan lebih berjaya.
Ya Allah, bimbinglah kami semua di jalan yang Engkau telah pilih
untuk kami. Berikanlah kami kekuatan untuk menjadi lebih taat agar kami dapat
menempuh semua kesulitan dengan bahagia dan berjaya.
Redhailah kami, ibu bapa kami dan anak keturunan kami,
Terima kasih Allah!
Terima kasih Allah!
Comments
Post a Comment