Not yet legal
Dikesibukan menuntut ilmu, dikepayahan jalanan panjang penuh
halangan, dikelekaan dalam kesungguhan dan dikekhusyukan dalam ibadah, pasti
akan hadir sebentar satu saat yang tidak dibenarkan, satu saat yang tidak boleh
dilupakan. Saat ini bukan pilihan diri tetapi sebaliknya bisikan kemaksiatan
dari syaitan yang sifatnya penyimpan dendam dan berhasad dengki, kepada kita ummat
manusia. Kita harus yakin bahawa ini ujian dari Sang Ilahi khas buat mereka
yang semakin bersungguh membuktikan cinta kepadaNya.
Mengapakah saat ini saat terlarang? Kerana sesungguhnya saat
itu meninggalkan kesan yg sukar untuk dilucut. Kesan kotor ini mampu menyulitkn
perjalanan kita mencapai kerestuan Allah dan memenangi Syurga Firdaus. Kerana
kesan daripada sesaat ini bisa terbantutnya kerja kerja dakwah seorang daie. Ia
menjadi penghalang kekuatan iman dan melambatkan tempoh memperoleh taqwa.
Tetapi bagaimana
sekiranya ini saat yang tidak mampu dilupakan?
Sebenarnya salah, kerana engkau pasti bisa melupakannya. Cuma
segalanya atas pilihanmu, untuk bersungguh mengusahakannya ataupun tidak. Untuk
sanggup berkorban perasaan ataupun tidak.
Aku percaya bukan kita sahaja yang merasai saat ini, malah
semua wanita muslimah yang tekad untuk menjadi solehah dan permata yang
tersimpan indah; pasti diuji dengan sesaat yang mematikan ini. Satu perakara
yang aku selalu ingatkan pada diri sendiri, aku tidak boleh perputus asa untuk
memastikan hati ini sentiasa hidup dibawah keimanan kepada Rabb. Walau dalam
diam saat ini bisa mematikan, semudah itu juga sebenarnya kita bisa
menghidupkan hati ini kembali.
Dikesibukan dan kesesakkan hidup ini juga, kita harus
belajar untuk menetapkan keutamaan kita. Gagal lah kita ketika yang remeh dan
sia sia itu menjadi fokus utama. Hidup tidak lama, juga hidup tidak mudah.
Bekalan kita hanya sabar dan taqwa; itu yang telah Allah firman dalam kitab
Suci AlQuran. Tiba saat kematian nanti, biarlah kita tiada kesesalan yang besar
kerana mengabaikan keutamaan. Biarlah nanti kita menghadap Ilahi dengan penuh
pengaharapn dan kerinduan; bukan ketakutan dan siksaan.
Ujian itu datang dalam pelbagai cara yang tak disangka
sangka, aku tahu itu. Kerana itu jiwa kita perlu sentiasa bersedia. Belum cukup
dengan hanya solat diawal waktu dan berjilbab labuh hingga menutup siku,
tanggungjawab kita adalah untuk sentiasa menambahkan ilmu dan amal serta
mengislahkan keduanya; diri dan masyarakat.
Jangan sampai ketika kamu meletakkan pergantungan kepada
makhluk, kamu bakal menjadi hancur berderai ketika makhluk itu sudah smpai
kedetik terakhirnya. Sebaliknya saudari letakkan lah pergantungan dan
pengharapn sepenuhnya kepada Yang Kekal
Abadi, yang tidak pernah Henti Mencintai, yakni Allah SWT. Yang menjadi
perkara terindah adalah ALLAH sudah berjanji untuk tidak menyia nyiakan orang
orang yang meletakkanNYA dicinta ‘ranking’
pertama!
Masih ingat apa yang aku kata tentang “melupakan?”. Sibukkan
dirimu agar kau bisa melupakan apa yang bukan menjadi keperluan untukmu
berfikir. Rasa itu pasti bisa dilupakan,
tetapi dalam saat yang aku sedang bernafas ini, aku yakin rasa itu masih wujud
di satu sudut hati yang tersorok; yang tidak pernah aku tunjukkan kepada
siapa2. Cuma antara dua kemungkinannya, sama ada sudut hati dimana terletaknya
perasaan itu adalah sudut yang selalu disinggah keseronokan jahiliyyah, atau
sudut hati yang paling ikhlas yang cuma ALLAH sahaja bisa mengetahui. Kerana
ketidakpastian inilah aku tekad membuat keputusan untuk membuang sedaya upaya
apa yang boleh melemahkan jiwa ini; yang telah berazam untuk menjadi kader
Islam.
Mungkin hingga disini sahaja perkongsian kali ini. Bermadah
sungguh bukan? “SOMEONE WHO FALLS IN LOVE
WIL BECOME A POET”, itu adalah kata kata seorang sasterawan Eropah. Kamu
tahu apa buktinya? Buktinya adalah bahasa Arab Alquran yang tinggi dan tiada
banding sasteranya; itulah bukti Allah berfirman bukan saja2, tetapi dengan
Cinta!
21 November 2018
**berikut merupakan rekomendasi buku-buku yang mengetengahkan bagaimana Islam memberi perhatian dan penghargaan kepada kaum wanita.
Comments
Post a Comment